Thursday, 30 December 2010

INFO UNTUK PEMBELI

INFO UNTUK PEMBELI

Saya menyediakan perhidmatan membawa barang masuk dari TAOBAO China dan hantar terus ke alamat Malaysia. Sampai terus depan pintu. 

TAOBAO.COM adalah satu website terbesar di China. Sama macam LELONG, MUDAH, LAZADA kalau dekat Malaysia nih. Harga barang-barang dari sini sangat lah murah jika compare dengan harga Malaysia. Satu barang tu, ada macam-macam harga sebab banyak kedai yang jual barang sama dengan harga yang berlainan. 
Tidak perlu sebarang akaun PAYPAL/VISA/MASTERCARD. Hanya perlu tahu macam mana nak melakukan transaksi/pindahan wang ke MAYBANK/CIMB/RHB!

APA KELEBIHAN ORDER DENGAN SAYA?

  • Dapat penjimatan yang tak masuk akal
  • Tak perlu PAYPAL/VISA/MASTERCARD. 
  • Pembayaran hanya guna akaun tempatan je (MAYBANK/CIMB/RHB)
  • Tak perlu tahu bahasa cina
  • Setiap penghantaran selalunya tidak dikenakan cukai
  • Bungkusan siap dengan tracking number. So boleh check progress
  • Boleh hantar beberapa barang dalam satu bungkusan. Jimat!






CARA-CARA NAK ORDER?

  • Bukak TAOBAO.COM dan cari barang yang korang nak tu. Kalau nak lebih efektif, gunakan google translate TRANSLATE.GOOGLE.COM. Pastu kalau tau model number, lagi elokk
  • Bila dah jumpa, copy link barang tuh dan bagi kepada saya. Saya akan quote harga anggaran yang perlu dibayar. Harga akhir apabila barang sampai ke gudang penyimpanan di China, dibungkus sekali dan timbang.

CARA PEMBAYARAN?

  • Pembayaran pertama
    (Harga Barang RMB + Harga Pos ke alamat China RMB) / 1.50 Kadar tukaran semasa = XX RM
  • Pembayaran kedua
    Apabila barang dah sampai ke gudang dan berat sebenar/ukuruan volumetric telah diketahui.

RMB adalah currency China
Kadar tukaran semasa tertakluk kepada naik/turun matawang Malaysia
Ada service charge bagi barang berharga bawah dari RM50, tidak termasuk penghantaran

CARA PEMBAYARAN?

Semenanjung Malaysia: 
01-04 KG RM15 bagi setiap KG
05-10 KG RM14 bagi setiap KG
Lebih 10 KG, setiap KG hanya RM13

Sabah/Sarawak
01-04 KG RM25 bagi setiap KG
05-10 KG RM24 bagi setiap KG
Lebih 10 KG, setiap KG hanya RM23

Barang-barang sensitif, penambahan RM25 bagi setiap penghantaran ke Malaysia
Saiz barang/kotak/pembungkusan mempengaruhi harga penghantaran/pos
Secara kebiasaan penghantaran barang/kotak/pembungkusan yang besar akan dikenakan harga mengikut volumetric.

BARANG-BARANG SENSITIF

  • Barang berbahaya, senjata
  • Ubat, makanan, matawang
  • Murah rosak/hancur/reput
  • Cecair/serbuk
  • VCD, DVDs
  • Barang berharga
  • Barang elektronik
  • Barangan berjenama/cetak rompak
  • Apa-apa barang yang dilarang untuk import masuk Malaysia

SYARAT-SYARAT DAN TERMA URUSAN

  • Urusniaga dalam Ringgit Malaysia sahaja
  • Order HANYA akan diproses setelah pembayaran pertama selesai. 
  • Tidak dibenarkan pembatalan apa-apa order setelah pembayaran pertama selesai
  • Tiada pemulangan wang jika pembeli tidak mahu melakukan pembayaran kedua setelah mengetahui harga penghantaran
  • Jaminan pulangan wang jika barang yang dipilih tiada/kehabisan stok
  • Semua barang yang sampai, tiada jaminan pulang kepada penjual. Ini adalah kerana penghantaran semula lebih mahal dan ada kemungkitan dikenakan cukai dan lebih mahal. Sila pilih penjual yang dipercayai. Tanya saya untuk tips/cadangan
  • Penghantaran adalah tertakluk kepada stok penjual. 
  • Lagi cepat penjual hantar ke alamat gudang di China, lagi cepat pemprosesan. Biasanya barang dari penjual akan sampai ke alamat gudang dalam masa 2-4 hari bekerja. Pihak gudang akan bungkus dan buat quotation untuk pengeposan. Dari gudang 5-8 hari bekerja akan sampai ke Malaysia.
  • Secara kebiasaan masa tunggu adalah 2-3 minggu. Tapi kebanyakan bungkusan dalam masa 14-20 hari sahaja barang akan sampai depan pintu (Malaysia)
  • Tolong jangan order jika tak sabar :) 
  • Saya akan update jika ada apa-apa masalah
  • Kelewatan penghataran dalah biasa sekiranya waktu penghantaran berdekatan dengan cuti umum China/Malaysia
  • Sekiranya ada cukai yang dikenakan, ianya ditanggung oleh pembeli
  • Saiz barang/kotak/pembungkusan mempengaruhi harga penghantaran/pos. 
  • Secara kebiasaan penghantaran barang/kotak/pembungkusan yang besar akan dikenakan harga mengikut volumetric. Pengiraan volumetric adalah seperti ini: 
  • Panjang (CM) x Lebar (CM) x Tinggi (CM) / 6000 = XX KG.